27 December 2012

DOA AGAR DI BERIKAN JODOH YANG TERBAIK...




                                          SEMOGA KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT


Bismillahirrohmannirrohim…..
                       SETIAP SESUATU ITU DI CIPTAKAN BERPASANGAN

Ya Allah..Ya Tuhanku..
Jika pendampingku tlah Engkau lahirkan
Gerakan hatinya tuk menujuku ,Pertemukanlah kami dlm sebaik-baiknya pertemuan tuk menuju Ridha-Mu..
Kerana Engkaulah yg berhak atas hati hamba2-Mu..
Dan Engkau jua yg kuasa membolak balikannya..

  





Ya Rabb,
bila dia jauh,dekatkanlah..
Eratkan hati kami dlm ikatan kerana-Mu ,tautkan hatiku dgn hatinya yg sama2 mengharap&mendamba sebuah keinginan menuju ridha-Mu..


Ya Allah…Yang Maha Pecinta
Pemilik cinta sejati ,Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia
Tabahkan hatinya..
Teguhkan imannya..
Tegarkan penantiannya..


Ya Rabb…Sang Pemilik Hati
Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk dia ,Penuhi hatinya dg Kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu ,Limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran,Temani dia dlm kesepian..






Ya Rabb,
Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu,
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan sayangku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya..
Mekarkan cintaku bersama cintanya..
Satukan hidupku & hidupnya dlm Cinta-Mu..


Rabb….
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri,
Pasti kebahagiaan itu aku dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dlm penantianku..


Ya ALLAH..
kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan,
Baik bagi duniaku,akhiratku dan agamaku..
Agar kami sama2 berjamaah tuk tetap Menuju-Mu..
bimbinglah hati kami ,Kuatkan hati kami..
Penuhilah dengan Rahmat & kasih sayang-Mu..Aamiin ya 
Rabb…



( Untuk sahabat yang sedang menanti CINTA SEJATI kerana ALLAH..Moga ALLAH memberi yang TERBAIK dalam Pandangan & Pilihan-Nya…mengabulkan doaku,doamu dan doa kita semua…..Aamiin )

22 May 2012

4 unsur

Assalamualaikum...lame x update blog...huhuuhu..:P
nie just utk sharing..:)


(1) Tanah = anak pertama, anak kelima, anak kesembilan
(2) Air = anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh
(3) Api = anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas
(4) Angin = anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas

TANAH
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.

AIR
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

API
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

ANGIN
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.

** Kenyataan di atas hanyalah kajian teori ahli falsafah

19 February 2012

ceritera MELAYU SEKARANG

Ceritera Satu

Dahulu Datuk nenek kaya raya, kebun ada seratus ekar.
Anak ada sepuluh, cucu ada lima puluh.
Bila datuk nenek dah tiada, anak anak dapat seorang sepuluh ekar.
Cucu pula cuma dapat seorang dua ekar.

Sepatutnya jangan cukup cuma apa yang ada.
Anak anak kena usaha supaya setiap cucu dapat seratus ekar juga
Fikirkan.


Ceritera Dua

Hikayat Hang Tuah penuh misteri
Antara sejarah mahupun ilusi
Yang tentu si penulis bijak bistari
mengajar MELAYU dalam peri
betapa Hang Tuah mahir berBAHASA
India Arab mahupun Cina
dikata tahu tujuh bahasa.

Nak implemenkan bahasa Inggeris dalam mata 
pelajaran sains dan matematik pun kena bangkang
bayangkan lah
tahun 1400 masihi 'Hang Tuah' dak kena belajar pelbagai bahasa
inikan pulak tahun 2000

Ceritera Tiga

Tengok 'Melayu' kayaraya dituduhnya haloba
kejar dunia
rasa jaki tengok bangsa sendiri ada Mercedes
tengok cina kaya pulak tak apa?
tak apa katanya
itu dia punya usaha
kita Melayu cukuplah ada Proton sahaja
lebih usaha terasa sengsara
cukuplah apa yang ada.

Orang Mukmin(melayu kan beragama Islam) yang berharta 
boleh beramal ibadat dengan lebih banyak pilihan
mungkin dengan ganjaran yang lebih 
kerana lebih sedekah lebih pula zakatnya
dan zakat pula memartabatkan agama
tidak la kaum muslimin dikotak katik oleh kuasa dunia.


Ceritera Empat

Melayu kalau berpolitik kalahkan 'Calon'
makan politik
tidur politik
mandi pun politik
sanggup tegang urat kerana nak pertegas saya betul awak salah
awak salah saya betul
politik di bawa balik ke rumah
ke tempat kerja
tempat belajar
kawan sekampung tak tegur sapa
kenduri kendara pulau memulau pula
kekadang sembahyang imamnya dua.

Hampeh rasanya depa ni semua
politik politik juga
harmoni sekaum perlu dijaga
bersatu teguh bercerai roboh
baru la persatuan 'india dan cina' tak berani suara
meminta minta benda yang mengada ngada
sajer nak test power
sebab Melayu dah tak sebahasa.

06 February 2012

KhAs UnTuk Ibu & aYaH

terima kasih ibu
terima kasih duhai ayah
lahirku ke dunia
ku di sambut penuh ke syukuran
bisikan azan ke telinga
iqmah kalimah nan luhur

lahirku ke dunia 
ku di asuh mengenal Allah
ku di ajar sebut nama-Nya
juga nabi rasul mulia

salam sayang ayah dan ibu
mendidik ku tak pernah jemu
halalkan makan minumku
maafkan segala salah silap ku
tanpa maaf dan juga restu
hidup ku tak bermakna

tiada yang lebih bernilai 
dari pengorbanan yang suci itu
tak terdaya aku membalas
moga ku jadi anak yang bertaqwa

jasa mu oh ayah dan ibu
akan ku kenang selamanya
hidup saling berkasih sayang
membina keluarga bahgia

pada-Mu Allah aku berdoa
pada-Mu jua aku meminta 
rahmati ibu ayah tercinta
ampunilah dosa-dosa mereka
panjang umur murah rezeki
sejahtera dalam ketaatan
moga bahagia di dunia
dan di akhirat beroleh syurga

daku mengharap redha ibu
juga redha darimu ayah
hanya itu yang ku pinta
agar hidupku lebih bermakna...

22 January 2012

25 PESANAN PEMBENTUK PERIBADI



01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. 
       Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah 
       IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH. 

02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan 
       dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan 
       dari ALLAH juga. 

03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk 
       kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH. 

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu 
       adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman. 

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan 
       gelisah di waktu malam. 

06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah 
       kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah 
       rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr 
       tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti. 

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan 
       lebih berat lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat. 

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, 
       sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan. 

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit 
       sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya. 

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk 
       menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri 
       pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja. 

12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu 
      adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja. 

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung 
       memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan 
       pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan. 

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan 
       para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka. 

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah 
      mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu 
      memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya. 

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat 
       dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil 
       dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah. 

17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang 
       melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga. 

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu 
       daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu. 

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap 
       sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yg akan mendatangkan cela pd dirimu. 

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana 
       engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada 
       orang yang terpedaya dengan dunianya. 

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana 
       engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat 
       bagi orang lain. 

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau 
       berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah 
       mensia siakan hartamu. 

23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg 
       mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal. 

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana 
       sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari 
       mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan. 

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan 
       akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi 
       pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis 
       airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan 
       dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu. 

09 January 2012

KiTa & ibU

UNTUK DIRI SENDIRI DAN SAHABAT SEKALIAN


· KETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA 
  UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.


· APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN TERIMA 
  KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.


· MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH 
  SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.


· KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, 
  KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.


· BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU,KITA 
  UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR.


· SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, 
  KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : “TAK NAK! TAK NAK!”


· APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA MENGUCAPKAN 
  TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.


· MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN 
  TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.


· KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA 
  UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.


· BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, 
  KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.


· APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, 
  KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.


· MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.


· KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN   ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN.


· BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN 
  DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.


· MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK 
  KE IPTA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN.


· KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN, 
  MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA 
  UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.


· BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA, 
  KITA KATA, “…ITU BUKAN URUSAN IBU.”


· SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, 
  KITA KATA, “SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU.”


· APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH BUJANG KITA. 
  DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN….”PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, 
  TAK BERKENAN AKUUU!”


· MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN 
  MENGENAI RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, “IBUUU, TOOOOOLONGLAHHH….”


· KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS 
  PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN 
  KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH.


· PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, 
  KITA DENGAN MEGAH BERKATA, “…ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN.”


· KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI KENDURI-KENDARA 
  DI KAMPUNG, KITA BERKATA, “KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG.”


· APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA 
  MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK. 


· DAN KEMUDIAN SUATU HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! 
  DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU.


  "JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL,INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA. 
  SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG."

Diaorg Kata....Atuk Kata.. dan Aku..?



kata atuk semuanya betul! 

ORANG KATA... enjoy sana sini sementara muda, hidup panjang lagi, bergaul          bebas la lelaki pempuan, dah tua nanti tobatlah.
ATUK KATA....orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu     masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.Innalilla h.....
AKU RASA...betul jugak tu tuk.. 


ORANG KATA.. exams tu susah, kena banyak sacrifice, constant study... past year papers.. etc.. etc..etc..
ATUK KATA... exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji, dah ada silibus untuk diikut, kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu, banyak pula tu peringkat ujiannya, Mungkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide...
AKU RASA... betul jugak tu tuk.. 


ORANG KATA... have fun on your birthday, panggil kekawan dan sedara mara, berpartilah sepanjang malam, make it a memorable one!!
ATUK KATA.. setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi peluang untuk beramal, bertaubat...
AKU RASA.. betul jugak tu tuk.. 


ORANG KATA.. kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat.. baru hati puas!!
ATUK KATA.. ye ke hati dah puas??? dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas? dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? dah cukup zikir untuk santapan rohani? dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
AKU RASA... betul jugak tu tuk.. 


ORANG KATA... successful people have a good time management, ada bisnes di kl, new york , tokyo .. masih sempat berkempen untuk pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke, masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect!
ATUK KATA.. setiap manusia dapat 24 jam dalam sehari, tapi... ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam? ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu? ada masa ke nak jenguk ibu bapa di kampung, sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?
AKU RASA... errrr.. betul jugak tu tuk..

            ...Beringatla kita semua...

Memasak Telur Menggunakan Telefon BimbiT


Pernahkah Anda mengalami masalah ketika hendak membuat telur rebus, air susah dicari dan periuk pun tiada ?
Ada cara baru yang lebih efisien dengan memaksimumkan manfaat HandPhone Anda. Tahu caranya ? Berikut tipsnya :
 Memasak Telur Menggunakan Telefon Bimbit
Anda memerlukan :
* 1 butir telur dan 2 telefon bimbit
* 65 minit percakapan dari 1 telefon bimbit ke telefon bimbit yang lain.
Mulalah membuat panggilan antara kedua telefon bimbit selama lebih kurang 65 minit;
………………………………15 minit pertama tidak terjadi apa-apa…
………………………………Setelah 25 minit telur mulai HANGAT..
………………………………Setelah 45 menit telur menjadi PANAS ;
SETELAH 65 MINIT BERLALU…
 Memasak Telur Menggunakan Telefon Bimbit
TELUR MASAK SEPENUHNYA..!!
Kesimpulan melalui cerita ini adalah..
Jika radiasi gelombang mikro yang dipancarkan oleh telefon bimbit mampu mengubah sel protein dalam telur itu, bayangkan pula apa yang bakal terjadi dengan protein dalam otak kita ketika kita berbicara melalui telefon bimbit…renungkanlah…..

Misteri Pokok Duit Di Britain


Apapun, lihat dibawah k:
money trees 2 Misteri Pokok Duit Di Britain
Gambar dekat, nampak tak duit2 kat batangnya:
money trees 3 Misteri Pokok Duit Di Britain
Dan lagi gambar lain:
money trees 4 Misteri Pokok Duit Di Britain
PELIK TAPI BENAR...

MEE REBUS VS TELUR AYAM

egg Lawak Mee Rebus dan Ayam
Pembeli : “Dik, telur sekilo berapa?”
Penjual : “Telur ayam atau telur itik?”
Pembeli: “Telur ayam.”
Penjual: “Telur ayam biasa atau ayam kampung?”
Pembeli: “Ayam biasa.”
Penjual: “Yang tempatan atau yang import?”
Pembeli: “Ayam tempatan.”
Penjual : “Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Lumpur atau Tampin.?”
Pembeli :” Yang Ipoh lah..” (sambil terlihat kesal)
Penjual : “Mahu yang dari Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara atau Selatan?”
Pembeli : (sudah tak tahan) “Adik nie nak jual telur atau nak jalan-jalan?”
Penjual : “Maaf kak, sebenarnya saya nie penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan kejap, dia suruh sya tolong tengok-tengokkan gerai dia. Kalau ada pembeli, saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.”

LAWAK SARJANA

Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.
“Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?”
Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab… “ha’ah”
Pelancong itu tidak faham perkataan ‘ha’ah’.
Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.
Masih dalam kebingungan.. melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya..
“Maaf dik.. tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?”
Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, “Benar”
Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan ‘benar’.
Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.
Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya
“Maaf encik.. saya tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?”
Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, “Betul.”
Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya.. dia bertanya lagi..
“Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya ‘ha’ah’.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya ‘benar’. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab ‘betul’, tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?”
“Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab ‘ha’ah’ bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje… Kalau yang menjawab ‘benar’, orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab ‘betul’ itu pastinya orang itu ada sarjana,” jawab orang dewasa itu…
“Jadi.. Anda tadi menjawab ‘betul’, bererti snda seorang sarjana ya! ?” tanya Pelancong lagi..
Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, “ha’ah”

5 TAHUN AKAN DATANG...

ASSALAMUALAIKUM.... 

Perancangan manusia, 

Terlalu banyak yang ingin dirancang,

Terlalu banyak yang ingin dilaksanakan, 
Terlalu banyak yang ingin dicapai.
..

Tapi sejauh mana kita mampu lakukan, 
Pohon padaNYA,
 
Agar diberi kekuatan dan terus berusaha, 

Untuk terus berjuang dijalanNYA...
 

Moga apa yang dirancang, dapat membawa kita lebih dekat padaNYA dan mendapat keredhaanNYA...

Dan setiap perancangan itu, hanyalah daripada hamba yang pada hakikatnya lemah dan banyak kekurangannya... Dan perancanganNYA jualah yang terbaik buat kita semua...


Kepada semua sahabat, terima kasih atas segalaanya dan maaf atas kesalahan yang pernah menimbulkan sakit di hati...