19 February 2012

ceritera MELAYU SEKARANG

Ceritera Satu

Dahulu Datuk nenek kaya raya, kebun ada seratus ekar.
Anak ada sepuluh, cucu ada lima puluh.
Bila datuk nenek dah tiada, anak anak dapat seorang sepuluh ekar.
Cucu pula cuma dapat seorang dua ekar.

Sepatutnya jangan cukup cuma apa yang ada.
Anak anak kena usaha supaya setiap cucu dapat seratus ekar juga
Fikirkan.


Ceritera Dua

Hikayat Hang Tuah penuh misteri
Antara sejarah mahupun ilusi
Yang tentu si penulis bijak bistari
mengajar MELAYU dalam peri
betapa Hang Tuah mahir berBAHASA
India Arab mahupun Cina
dikata tahu tujuh bahasa.

Nak implemenkan bahasa Inggeris dalam mata 
pelajaran sains dan matematik pun kena bangkang
bayangkan lah
tahun 1400 masihi 'Hang Tuah' dak kena belajar pelbagai bahasa
inikan pulak tahun 2000

Ceritera Tiga

Tengok 'Melayu' kayaraya dituduhnya haloba
kejar dunia
rasa jaki tengok bangsa sendiri ada Mercedes
tengok cina kaya pulak tak apa?
tak apa katanya
itu dia punya usaha
kita Melayu cukuplah ada Proton sahaja
lebih usaha terasa sengsara
cukuplah apa yang ada.

Orang Mukmin(melayu kan beragama Islam) yang berharta 
boleh beramal ibadat dengan lebih banyak pilihan
mungkin dengan ganjaran yang lebih 
kerana lebih sedekah lebih pula zakatnya
dan zakat pula memartabatkan agama
tidak la kaum muslimin dikotak katik oleh kuasa dunia.


Ceritera Empat

Melayu kalau berpolitik kalahkan 'Calon'
makan politik
tidur politik
mandi pun politik
sanggup tegang urat kerana nak pertegas saya betul awak salah
awak salah saya betul
politik di bawa balik ke rumah
ke tempat kerja
tempat belajar
kawan sekampung tak tegur sapa
kenduri kendara pulau memulau pula
kekadang sembahyang imamnya dua.

Hampeh rasanya depa ni semua
politik politik juga
harmoni sekaum perlu dijaga
bersatu teguh bercerai roboh
baru la persatuan 'india dan cina' tak berani suara
meminta minta benda yang mengada ngada
sajer nak test power
sebab Melayu dah tak sebahasa.

06 February 2012

KhAs UnTuk Ibu & aYaH

terima kasih ibu
terima kasih duhai ayah
lahirku ke dunia
ku di sambut penuh ke syukuran
bisikan azan ke telinga
iqmah kalimah nan luhur

lahirku ke dunia 
ku di asuh mengenal Allah
ku di ajar sebut nama-Nya
juga nabi rasul mulia

salam sayang ayah dan ibu
mendidik ku tak pernah jemu
halalkan makan minumku
maafkan segala salah silap ku
tanpa maaf dan juga restu
hidup ku tak bermakna

tiada yang lebih bernilai 
dari pengorbanan yang suci itu
tak terdaya aku membalas
moga ku jadi anak yang bertaqwa

jasa mu oh ayah dan ibu
akan ku kenang selamanya
hidup saling berkasih sayang
membina keluarga bahgia

pada-Mu Allah aku berdoa
pada-Mu jua aku meminta 
rahmati ibu ayah tercinta
ampunilah dosa-dosa mereka
panjang umur murah rezeki
sejahtera dalam ketaatan
moga bahagia di dunia
dan di akhirat beroleh syurga

daku mengharap redha ibu
juga redha darimu ayah
hanya itu yang ku pinta
agar hidupku lebih bermakna...